Kehidupan awal dan kerjaya Yusuf Bahrin

Yusuf dilahirkan di Shah Alam, Selangor pada 8 Jun 1992. Beliau juga merupakan anak sulung dalam keluarga. Mempunyai dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Bapanya bernama Bahrin Tahir, manakala ibunya, Hanita Ajis.

Ramai yang baru menyedari kehadiran Yusuf sebagai pelakon walaupun sebelum ini beliau sudah membintangi lima lagi drama dengan hanya memainkan peranan tambahan, iaitu menerusi Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya, Asam Pedas Cendol Sejoli, Calon Menantu Tuan Rumah, Abg Tinted Handbag Ajaib dan Kau Yang Pertama.

Sebelum terlibat dalam bidang lakonan, beliau berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan kedai gunting rambut di Melaka selama dua tahun. Selain itu, beliau bekerja secara separuh masa sebagai jururunding kewangan.

Kehadiran Yusuf menyertai lapangan seni lakon adalah selepas rakannya yang terbabit dalam bidang ini memberi dorongan, selain keputusan tersebut disambut baik ahli keluarganya. Beliau bergelar artis naungan syarikat pengurusan, Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.